Tahun
1930-an hingga 1940-an sekolah terletak di Kampung Sekolah Juru (sekarang).
Tanah Tuan
Haji Salleh Bin
Ibrahim, dan beliau merupakan seorang hartawan dan juga Ketua Kampung di Juru.
Di atas jasa baik beliau, sebuah sekolah baru telah dibina berukuran 40'x
25' di atas tapak seluas 70'x
80' yang dapat memuatkan 40 hingga 50
orang murid.
Tahun
1950-an sehingga
1960-an bangunan sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 3 adalah terletak di tapak pasar malam tersebut (bangunan
lama).
Sementara bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 ditempatkan di bangunan Pra-Sekolah yang
ada sekarang ini.
Sehinggalah pada tahun
1970, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat iaitu bangunan Blok
A sekarang.
No comments:
Post a Comment