Monday, March 23, 2015

MAKLUMAT SEKOLAH

1.Nama dan alamat         : 
Sekolah Kebangsaan Juru
Jalan Kampong Sekolah
14100 Simpang Ampat,
Seberang Prai Tengah,
Pulau Pinang.

2.Kategori Sekolah          : A

3.Kod Sekolah                 : PBA 0007

4.No tel                            : 04-5073904

5.Email                            : pba0007.edu.my

6.Guru Besar                   : Encik Jabri Hasan

7.Guru PK 1                    : 
Encik Mohd Bahar bin Mat

8.PK HEM                       : 
Puan Eliza binti Elias

9.PK Ko-ko                      : 
Encik Husni bin Abu Bakar


10. Kawasan PPD           : PPD  SP Tengah          



     

Bangunan-bangunan di Sekolah

Tahun 1930-an hingga 1940-an sekolah   terletak  di Kampung Sekolah Juru (sekarang).



Tanah Tuan Haji Salleh Bin Ibrahim, dan beliau merupakan seorang hartawan dan juga Ketua Kampung di Juru.

Di atas jasa baik beliau, sebuah sekolah baru telah dibina berukuran 40'x 25' di atas tapak seluas 70'x 80' yang dapat memuatkan 40 hingga 50 orang murid.
Tahun 1950-an sehingga 1960-an bangunan sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 3 adalah terletak di tapak pasar malam tersebut (bangunan lama).

Sementara bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 ditempatkan di bangunan Pra-Sekolah yang ada sekarang ini.

Sehinggalah pada tahun 1970, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat iaitu bangunan Blok A sekarang.

SEJARAH PENUBUHAN

Terbinanya bangunan pertama  di sekitar tahun 1840-an. 

Merupakan sebuah bangsal atap.

Keluasannya 20’ x 20’ persegi dan terletak berhampiran Masjid Kampung Sekolah .

Bangunan ini dapat memuatkan 20 hingga 30 orang murid


Guru terawal  di sekolah ini ialah Tuan Haji Mohamad Bin SamaunMengajar matapelajaran asas 3M iaitu Membaca, Mengira dan Menulis.

Sekolah ini kemudiannya berpindah ke tanah Tuan Haji Ibrahim, seterusnya ke tanah Datuk Rashid yang berdekatan dengan Balai Raya.

Pengenalan

Terletaknya di Kampung Sekolah Juru.  

Antara sekolah terawal yang dibina sebelum kemerdekaan negara

Berada dalam daerah Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang.
 
Terletak di kawasan luar bandar. Bandar yang terdekat adalah bandar Bukit Mertajam yang jaraknya lebih kurang 20km.

Terdapat kilang-kilang perusahaan di  kawasan sekitar.  


Merupakan kawasan perkampungan berbukit  serta berhampiran laut dan sungai.